BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut didorong oleh keyakinan yang meningkat terhadap rundingan tarif Amerika Syarikat dan langkah rangsangan China.

“Bagaimanapun, penyusutan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat lapan sen kepada 756.50 sen sekilogram mulai Rabu manakala susu getah pukal berkurangan empat sen kepada 630.50 sen sekilogram semalam.

-- BERNAMA