BERITA TERKINI   inflasi teras Malaysia tidak berubah pada 1.8 peratus pada Jun 2025 - DOSM | Inflasi Malaysia turun kepada 1.1 peratus pada Jun 2025 daripada 1.2 peratus pada Mei 2025 - DOSM | Malaysia tuan rumah Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Alam Sekitar ASEAN ke-36 di Langkawi mulai 28 Julai - NRES | Pembangunan ekonomi sempadan Malaysia-Indonesia antara agenda mesyuarat Suruhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala hujung bulan ini - PM Anwar | Dr Mahathir, Ahmad Zahid setuju tarik balik dua saman fitnah, prosiding komital di Mahkamah Tinggi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi ketika awal dagangan pada Rabu.

Pada 9.56 pagi, April 2025 meningkat 5.50 mata kepada 1,491.0, Mei 2025 dan September 2025 masing-masing menambah 4.0 mata kepada 1,487.50 dan 1,468.0 manakala Jun 2025 naik 5.0 mata kepada 1,484.50.

Jumlah dagangan sebanyak 684 lot, dengan kepentingan terbuka pada 40,351 kontrak.

Pada 10.02 pagi, indeks asas FBM KLCI naik 10.93 mata kepada 1,497.18 daripada 1,486.25 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA