Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.44 pagi, kontrak April 2025 dan Jun 2025, masing-masing berkurangan 6.5 mata kepada 1,490.05 dan 1,483.0.
Mei 2025 berkurangan 6.0 mata kepada 1,488.50 dan September 2025 merosot 1.0 mata kepada 1,474.0.
Jumlah dagangan sebanyak 854 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,786 kontrak.
Indeks asas FBM KLCI merosot 1.99 mata kepada 1,497.41 selepas 44 minit dagangan daripada 1,499.40 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA