BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Pemain snuker negara Thor Chuan Leong menang pingat emas acara 6-Red perseorangan lelaki | Sukan SEA 2025: Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata cipta kejutan rangkul emas, pecah rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter | Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | 

LGMS Memeterai MoU Dengan Antarex

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- LGMS Bhd, sebuah syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia yang memiliki kepakaran keselamatan siber berhasrat memperluaskan liputannya, justeru, akan bekerjasama dalam inisiatif keselamatan siber serantau dengan Antarex Holdings Sdn Bhd (AHSB) dan pemegang saham utamanya selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.

 MOU itu menggariskan penyertaan ekuiti berpotensi LGMS dalam AHSB, bergantung kepada material yang saling menguntungkan, kata syarikat itu melalui satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Jika menjadi kenyataan, pelaburan strategik oleh LGMS dijangka mengukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat, kata LGMS.

Pengerusi LGMS Fong Choong Fook menggambarkan kerjasama strategik itu sebagai "amat sinergi", manakala Ketua Pegawai Eksekutif Antarex, Tan Pek Loon berkata kerjasama dengan LGMS akan meningkatkan keupayaan platform pertahanan siber Antarex yang agak inovatif.

Tawaran keselamatan siber LGMS berpotensi untuk menembusi pasaran pertumbuhan tinggi seperti Brunei, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Filipina.

"Memandangkan ancaman siber semakin berkembang pesat, sinergi antara platform StarsEntry LGMS dan suite platform pertahanan siber Antarex akan meletakkan kedua-dua syarikat di barisan hadapan pertahanan keselamatan siber serantau," katanya lagi.

-- BERNAMA