BERITA TERKINI   Sultan Selangor perkenan temasya SUKMA 2026 diteruskan secara berhemah - KBS | Krisis bekalan global: Malaysia perlu beralih kepada ekonomi produktiviti tinggi, perkukuh rantaian bekalan negara - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan komited pastikan Malaysia kekal sebagai negara dengan ekosistem perniagaan yang efisien, telus dan responsif - TPM Ahmad Zahid | Ekonomi negara masih kukuh walaupun berdepan ketidaktentuan global, gangguan rantaian bekalan - TPM Ahmad Zahid | Jenazah jurugambar Bernama Biro Sarawak Razali Nordin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching pada 11.35 pagi | 

ASEAN Akan Laksanakan Kemudahan Pembiayaan Pantas Bantu Anggota Bermasalah Kewangan

Oleh Harizah Hanim Mohamed
   

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Menteri-menteri ASEAN akan menyokong pengoperasian Kemudahan Pembiayaan Pantas (RFF) yang bertujuan membantu negara anggota yang mengalami kekangan kewangan daripada kesan kejutan atau masalah kewangan disebabkan oleh faktor luaran.

Selain kemudahan jaringan keselamatan ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Marzunisham Omar mengumumkan kumpulan itu juga akan menyokong Modal Berbayar, yang merupakan sebahagian daripada Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM), mekanisme serantau bantu diri untuk membantu negara yang menghadapi masalah kecairan.

“Kedua-dua program ini akan membantu anggota ASEAN untuk membantu antara satu sama lain sekiranya berlaku krisis,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan bersama mesyuarat Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Gabenor Ban Pusat ASEAN+3 hari ini.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan negara-negara ASEAN tidak dijangka mengalami sebarang krisis kewangan.

“Tidak, kita tidak mengalami dan tiada negara di rantau ini menghadapi sebarang krisis kecairan.

“Namun suatu yang baik sekiranya kita bersiap sedia,” kata Marzunisham.

Beliau berkata kemudahan itu mencerminkan usaha rantau ini untuk bersatu padu membantu mana-mana negara anggota sekiranya kecairan diperlukan.

-- BERNAMA