BERITA TERKINI   Konflik AS-Iran: Kedua-dua pihak perlu berundur dan segera kembali kepada diplomasi dengan lebih serius - PM | Konfrontasi antara Washington dan Tehran akan pengaruhi Timur Tengah - Anwar | PM Anwar luah kebimbangan mendalam terhadap ketegangan memuncak antara AS dan Iran | 

Kadar Jangka Pendek Ditutup Kukuh

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. 

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM31.23 bilion daripada RM31.90 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM22.60 bilion daripada RM24.38 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik. 

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.20 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM22.60 bilion, kedua-duanya bagi kematangan tiga hari.  

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 3 April. 

-- BERNAMA