BERITA TERKINI   Liga Super: JDT 7-0 PDRM FC | MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | 

ASNB Umum Agihan Pendapatan Berjumlah RM2.18 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pembayaran agihan pendapatan berjumlah RM2.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

PNB dalam satu kenyataan berkata pembayaran itu melibatkan dua dana harga tetapnya iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) and Amanah Saham Malaysia (ASM).

"ASB 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM0.73 bilion, bersamaan 5.5 sen seunit kepada 614,309 pemegang unit, yang kini memiliki 14.12 bilion unit, manakala ASM mengisytiharkan pembayaran agihan pendapatan berjumlah RM1.45 bilion, bersamaan dengan lima sen setiap unit, kepada 740,513 pemegang unit dengan 29.14 bilion unit.

"Setakat 20 Mac 2025, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM0.80 bilion, manakala ASM mencatatkan RM1.55 bilion," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA