BERITA TERKINI   Piala Dunia Berbasikal Trek 2026: Azizulhasni Awang raih gangsa acara pecut individu lelaki | Piala Uber: Malaysia 1 Afrika Selatan 0: K. Letshanaa menewaskan Johanita Scholtz 21-6, 21-10 | Dua jemaah haji Malaysia yang dirawat di hospital di Madinah dan Mekah berada dalam keadaan stabil - TH | Sultan Selangor perkenan temasya SUKMA 2026 diteruskan secara berhemah - KBS | Krisis bekalan global: Malaysia perlu beralih kepada ekonomi produktiviti tinggi, perkukuh rantaian bekalan negara - TPM Ahmad Zahid | 

Peranan Penting MITI Pacu Ketahanan Ekonomi Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mempunyai peranan penting untuk memacu ketahanan ekonomi Malaysia dalam dunia yang semakin mencabar, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

Beliau menuntut warga kementerian untuk lebih berdaya saing dalam menghadapi isu geopolitik, perang perdagangan dan persaingan kuasa besar dunia.

"Walaupun 2024 penuh dengan kejayaan dalam perdagangan dan pelaburan, 2025 menuntut kita lebih pantas dan berdaya saing dalam menghadapi isu geopolitik, perang dagang serta persaingan kuasa besar dalam teknologi. 

"Selama ini, kita telah mengemudi perlbagai cabaran tetapi pesaingan tetap semakin sengit!,” katanya dalam catatan di laman media sosialnya hari ini sempena Permukiman MITI 2025.

-- BERNAMA