BERITA TERKINI   Pengeluaran LNG besar-besaran di Kanada, Australia menyokong bekalan untuk Malaysia - PM Anwar | Malaysia giat meneroka peluang dalam sektor LNG dengan Türkiye - PM Anwar | Bekalan tenaga Malaysia mencukupi sehingga Jun walaupun mungkin terdapat gangguan pada harga - PM Anwar | Tahap saling kebergantungan dua hala dan pelbagai hala yang kukuh adalah antara asas bagi kelangsungan hidup negara - PM Anwar | Perang mencetuskan kesangsian di seluruh rantau dan berisiko mencetuskan perlumbaan senjata baharu dan berbahaya - PM Anwar | 

Pasaran Getah Pulih, Jejaki Prestasi Positif Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pasaran getah pulih semula pada Jumaat, didorong oleh momentum meningkat pasaran getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang stabil berikutan ringgit yang menyusut berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Beliau berkata harga juga disokong oleh bahan mentah yang terhad bermusim di negara pengeluar utama seperti Thailand, dalam persekitaran keyakinan terhadap langkah rangsangan China yang berterusan.

"Namun begitu, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh ketegangan perdagangan global yang semakin memuncak," kata peniaga itu kepada Bernama.

Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 meningkat sebanyak 11.5 sen kepada 884.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok 1.0 sen kepada 697.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA