BERITA TERKINI   Piala Uber: Malaysia 4 Afrika Selatan 0: Ong Xin Yee-Carmen Ting menewaskan Johanita Scholtz-Amy Ackerman 21-16, 21-14 | Liga Super: Penang FC 0-0 Sabah FC | Piala Dunia Berbasikal Trek 2026: Azizulhasni Awang raih gangsa acara pecut individu lelaki | Piala Uber: Malaysia 1 Afrika Selatan 0: K. Letshanaa menewaskan Johanita Scholtz 21-6, 21-10 | Dua jemaah haji Malaysia yang dirawat di hospital di Madinah dan Mekah berada dalam keadaan stabil - TH | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis.

Pada 9.32 pagi, Mac 2025 naik 9.5 mata kepada 1,485.0, April 2025 meningkat 11.0 mata kepada 1,489.0, Jun 2025 menokok 10.0 mata kepada 1,489.5, manakala September 2025 menambah 10.5 mata kepada 1,477.5.

Jumlah dagangan sebanyak 3,050 lot manakala kepentingan terbuka mencecah 42,388 kontrak.

Pada 9.50 pagi, FBM KLCI meningkat 13.25 mata kepada 1,498.08 daripada 1,484.83 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA