BERITA TERKINI   Setakat ini, Malaysia belum menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART - Johari | MITI bersama agensinya, MATRADE dan MIDA dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi ART - Johari | Pelaksanaan projek Loji Janakuasa 120MW di Zon Perindustrian Rancha-Rancha pastikan kecukupan bekalan tenaga elektrik di Labuan - TPM Fadillah | Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | Pengukuhan ringgit menunjukkan keyakinan terhadap sistem ekonomi negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, mencerminkan kerugian di pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas pengukuhan dolar US di tengah-tengah kebimbangan mengenai dasar perdagangan Donald Trump.

Kontrak Mac 2025 menurun kepada US$2,917.70 satu auns troy berbanding US$2,928.60 satu auns troy yang dicatatkan pada Jumaat lepas dan April 2025 menyusut kepada US$2,927.50 satu auns troy daripada US $2,938 satu auns troy.

Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$2,936.70 satu auns troy auns berbanding US$2,946.80 satu auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 141 lot daripada 83 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 201 kontrak daripada 144 kontrak.

Berdasarkan kepada penetapan tengah hari London Bullion Market Association, 7 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2931.15 satu auns troy.

-- BERNAMA