BERITA TERKINI   Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | 

Sapura Industrial Sasar Usaha Sama Dengan ZZ Tech Untuk Buat Komponen Bateri

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Sapura Industrial Bhd, Sib Ventures Sdn Bhd telah memeterai perjanjian persefahaman dengan Zhejiang Zhongze Precision Technology Co Ltd (ZZ Tech) dari China untuk membangunkan fasiliti pembuatan komponen bateri di Malaysia.

Pembuat komponen automotif itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kedua -dua pihak akan bekerjasama serta menyediakan kajian kemungkinan dengan objektif mewujudkan kemudahan di Malaysia bagi menghasilkan dan membekalkan komponen bateri untuk aplikasi komersial serta perindustrian.

"Kerjasama yang dicadangkan akan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak mengenai pelan perniagaan, diikuti dengan rundingan serta pelaksanaan perjanjian muktamad, yang mana terma, hak dan kewajipan setiap pihak akan ditetapkan," kata Sapura Industrial.

Mereka berniat untuk memasuki perjanjian muktamad terakhir dalam masa 180 hari dari tarikh MOU. 

ZZ Tech terlibat dalam pembuatan ketepatan komponen berstruktur untuk bateri tenaga baharu. Produknya digunakan dalam bidang kenderaan tenaga baharu dan penyimpanan tenaga bateri lithium. 

 

-- BERNAMA