BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | Bangunan warisan mesti terus hidup sebagai ruang mendidik, menyatukan dan beri inspirasi untuk generasi masa hadapan - PM Anwar | 3,164 sekolah diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid setakat November tahun lepas - Timbalan Menteri Pendidikan | Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad pastikan sejarah terus hidup, difahami dan jadi pedoman hadapi cabaran masa depan - PM Anwar | Agong berkenan sempurnakan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad Fasa 1 | 

MITI Sedang Siasat Dakwaan Cip AI Nvidia Dipindahkan Ke Malaysia Dari Singapura

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ia sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kami mendapat butiran terperinci mengenainya," kata kementerian itu hari ini menjawab pertanyaan media Malaysia mengenai dakwaan tersebut.

Pada Isnin, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura K Shanmugam dilaporkan berkata pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannya dipindahkan ke Malaysia.

“Persoalannya ialah sama ada Malaysia adalah destinasi terakhir, atau, dari Malaysia, ia dihantar ke tempat lain, yang kita masih tidak pasti pada tahap ini.

“Tetapi kami berpandangan mungkin terdapat representasi palsu mengenai destinasi akhir pelayan itu,” katanya. 

Menurut laporan berita Singapura, cip itu dibenamkan dalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dipindahkan ke Malaysia.

-- BERNAMA