BERITA TERKINI   Tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung 47 pertuduhan terhadap Ahmad Zahid berkaitan Yayasan Akalbudi -  AGC | Noor Azman kembali menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta - FAM | Penjawat awam di KL, Putrajaya, Labuan dapat cuti gantian pada 2 Feb susulan pertindihan Hari Wilayah dan Thaipusam pada 1 Feb - JPA | Bekas Panglima Tentera Darat direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah kartel tender perolehan Tentera Darat | Seramai 926 pegawai dan anggota ditugaskan untuk pastikan kelancaran PRK Kinabatangan dan Lamag - Pesuruhjaya Polis Sabah | 

ARM Holdings Dari UK Nyata Hasrat Mahu Berpangkalan Di Malaysia - PM Anwar

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Syarikat semikonduktor terkemuka dunia, ARM Holdings Plc dari United Kingdom (UK)  telah menyatakan hasrat mahu berpangkalan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut secara dalam talian pada pagi tadi. 

Menurut beliau, perbualan tersebut turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group Corp Masayoshi Son. 

"Soal design (reka bentuk) dan pembikinan semikonduktor ini, dia (ARM) adalah antara yang cemerlang di dunia.

"Dia pilih untuk berpangkalan di Malaysia, syukur Alhamdulillah," kata beliau kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, hari ini.

--BERNAMA