BERITA TERKINI   Implikasi kos daripada bahan mentah dan kos lain dapat dilihat selepas Jun - Suruhanjaya Tenaga | Suruhanjaya Tenaga sudah laksanakan usaha peroleh bekalan mentah bahan api tenaga untuk jangka pendek -- CEO | Kira-Kira 85 peratus pengguna domestik atau isi rumah akan kekal pada tahap stabil atau neutral dari segi impak bil elektrik susulan insentif -- CEO Suruhanjaya Tenaga | Insentif Cekap Tenaga kekal pada skala pengurangan bagi penggunaan sehingga 1,000 kWj dan neutral sehingga 600 kWj - CEO Suruhanjaya Tenaga | Suruhanjaya Tenaga jangka pertumbuhan stabil selain kecekapan, langkah pelestarian tenaga pada 2026 - CEO | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) tinggi daripada jangkaan, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap aset selamat.

Indeks inflasi utama dan indeks harga pengguna teras AS pada Januari masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 3.0 peratus dan 3.3 peratus, lebih tinggi daripada anggaran konsensus iaitu 2.9 peratus dan 3.1 peratus.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur mencari perlindungan dalam logam selamat ini disebabkan kemungkinan perang akan berakhir di Ukraine, berikutan usaha Donald Trump untuk memulakan rundingan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

"Emas terus meningkat, disokong oleh aliran lindung nilai apabila peniaga bersiap sedia dengan langkah Trump yang seterusnya terhadap dasar-dasarnya.

"Jika Trump meningkatkan (ketegangan), pelabur mungkin akan beralih ke aset selamat, dan ini mendorong harga emas meningkat lebih tinggi," katanya kepada Bernama.

Kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkat kepada US$2,913.60 setiap auns troy berbanding US$2,889.00 pada Rabu, manakala kontrak Mac 2025 naik kepada US$2,920.70 setiap auns troy berbanding US$2,896.10 sebelumnya.

Sementara itu, kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 semuanya lebih tinggi pada US$2,929.00 setiap auns troy berbanding pada US$2,902.70 ketika ditutup pada Rabu.

Jumlah dagangan meningkat kepada 56 lot berbanding 27 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 109 kontrak berbanding 81 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 12 Februari, harga emas fizikal berada pada US$2,891.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA