BERITA TERKINI   Laporan hasil siasatan insiden letupan saluran gas Putra Heights akan dibentang kepada umum Isnin ini - MB Selangor | Anggota tentera diminta tidak muat naik maklumat organisasi, penempatan pasukan dan maklumat sensitif ATM di media sosial - Agong | Pucuk pimpinan ATM hendaklah sentiasa amanah dan tidak terlibat dalam sebarang perlakuan rasuah - Agong | ATM perlu sentiasa bersedia dan dilengkapi teknologi pertahanan terkini bagi hadapi sebarang kemungkinan susulan perubahan lanskap politik global - Agong | Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 12 tengah hari ini - MetMalaysia | 

Pendirian Fed Naikkan Kadar Faedah Heret Turun Niaga Hadapan Emas

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih rendah ketika sentimen minat terhadap aset selamat itu suram susulan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang cenderung terhadap kadar faedah lebih tinggi.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Pengerusi Fed Jerome Powell telah menyatakan pandangan akan menunggu sehingga suku seterusnya sebelum bertindak menurunkan kadar faedah.

“Harga emas susut ketika pendirian Powell yang ternyata berhati-hati terhadap pengurangan kadar faedah itu menjejaskan minat bagi pembelian logam berharga itu,” katanya kepada Bernama.

Kontrak bulan semasa Februari 2025 susut kepada US$2,889.00 setiap auns troy daripada US$2,900.40 pada Isnin manakala Mac 2025 turun kepada US$2,896.10 setiap auns troy daripada US$2,907.50 setiap auns troy sebelum ini.

Selain itu, kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 juga berkurangan kepada US$2,902.70 setiap auns troy berbanding US$2,915.50 setiap auns troy pada Isnin.

Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 100 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 81 kontrak daripada 138 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 11 Feb, 2025, harga emas fizikal berada pada US$2,895.40 bagi setiap auns troy.

-- BERNAMA