BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad HasanĀ  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Petronas Jelaskan Penamatan Khidmat Saluran Gas Hanya Libatkan Beberapa Bahagian Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjelaskan bahawa pemberhentian operasi Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) hanya akan melibatkan bahagian yang melalui Lawas, Limbang, Miri dan Bintulu di Sarawak.

Petronas berkata dalam satu kenyataan hari ini berkata baki bahagian SSGP akan terus beroperasi seperti biasa dan keputusan itu dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.

In a statement today, Petronas said the remaining part of SSGP will continue operating normally and the decision was made following a thorough review of the viability of this specific section of the SSGP.

Ia menekankan bahawa kajian semula ini mengambil kira cabaran berterusan yang ditimbulkan oleh faktor persekitaran yang menjadi semakin teruk, ia berlaku sejak beberapa tahun lepas dan memberi kesan kepada integriti dan keselamatan kawasan sekitar.

Petronas berkata ia memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa pemberhentian separa itu tidak akan menjejaskan komitmennya untuk memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai dan memenuhi obligasi kontraknya.

“Petronas kekal komited untuk melabur di Sabah dan Sarawak menerusi pembangunan projek berkaitan minyak, gas dan tenaga tambah nilai di kedua-dua negeri itu,” katanya.

Pada 29 Januari lepas, syarikat minyak dan gas negara itu mengumumkan bahawa ia sedang mengkaji aktiviti penyahtauliahan aset matang dalam operasi huluan negara termasuk SSGP.

Dalam laporan Prospek Aktiviti untuk 2025-2027, syarikat minyak nasional itu berkata proses itu juga melibatkan penilaian aset yang tidak digunakan untuk potensi guna semula.

-- BERNAMA