BERITA TERKINI    Setiausaha Negara AS Marco Rubio, sahkan komitmen jangka panjang Washington terhadap ASEAN | Marco Rubio, Sergey Lavrov adakan pertemuan di luar AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Kuala Lumpur | Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia - Presiden BAM | Palestin: Setiausaha Negara AS Marco Rubio yakin akan ada gencatan senjata, bolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan - PM Anwar | ASEAN ulangi komitmen perkukuh kerjasama ASEAN Campur Tiga sebagai pemangkin kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Timur - Mohamad Hasan | Setiausaha Negara AS Marco Rubio, sahkan komitmen jangka panjang Washington terhadap ASEAN | Marco Rubio, Sergey Lavrov adakan pertemuan di luar AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Kuala Lumpur | Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia - Presiden BAM | Palestin: Setiausaha Negara AS Marco Rubio yakin akan ada gencatan senjata, bolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan - PM Anwar | ASEAN ulangi komitmen perkukuh kerjasama ASEAN Campur Tiga sebagai pemangkin kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Timur - Mohamad Hasan |

Citaglobal Beli Tanah Di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur Pada Harga RM73 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Citaglobal Bhd (Citaglobal) menerusi anak syarikat milik penuhnya Sinergi Dayang Sdn Bhd (Sinergi Dayang) membeli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.

Citaglobal yang terbabit dalam pelbagai industri daripada tenaga kepada pembangunan hartanah berkata hari ini Sinergi Dayang memeterai perjanjian jual beli bersyarat (SPA) untuk membeli tanah pegangan pajakan selama 99 tahun daripada Bank Islam Malaysia Bhd.

“Lokasi tanah yang strategik dan mudah diakses berhadapan jalan utama iaitu Jalan Tun Razak dan berdekatan dengan infrastruktur pengangkutan awam, menjadikannya lokasi pilihan ramai di Kuala Lumpur.

“Memandangkan masalah kekurangan tanah komersial yang luas dan berkedudukan baik di dalam bandar, lembaga pengarah yakin pembelian ini adalah satu peluang strategik bagi pertumbuhan dan penjanaan hasil bagi tempoh jangka panjang,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Antara mercu tanda terkenal di sekitarnya termasuk Pusat Perubatan Prince Court, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara (IJN).

Citaglobal berkata pembelian tanah itu akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank daripada institusi kewangan.

Cadangan pembelian itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh SPA menjadi tidak bersyarat.

Katanya, ketika ini tanah tersebut disewakan kepada TJM Sdn Bhd berdasarkan perjanjian penyewaan bertarikh 28 Ogos, 2019.

-- BERNAMA