BERITA TERKINI   Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Petaling Jaya - KPN | Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Bandar Utama - KPN | Pegawai penguatkuasa JPJ pakai alat perakam badan (BWC) bermula November ini, perkukuh penguatkuasaan dan integriti - Loke | JPJ laksana operasi ‘Perang Lebih Muatan Melibatkan Kenderaan Perdagangan” 14 Okt - 31 Dis ini - Loke | Pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000 dalam Belanjawan 2026 galak pelancongan domestik sempena TMM2026 - PM Anwar  | 

Public Mutual Umum Agihan Lebih RM34 Juta Untuk Empat Dana

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM34 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari, 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengurus unit amanah itu mengumumkan pengagihan kasar tahunan 4.75 sen seunit bagi Public Enhanced Bond Fund dan 4.25 sen seunit untuk Public e-Sukuk Fund 

Ia juga mengumumkan pengagihan kasar sebanyak 0.7 sen seunit bagi PB Dividend Builder Equity Fund dan 0.1 sen untuk Public Islamic Optimal Growth Fund.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS.

-- BERNAMA