BERITA TERKINI   Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor berjaya tarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan berjumlah RM29.51 bilion setakat ini - PM Anwar | JS-SEZ terus tunjuk momentum luar biasa tarik pelaburan strategik antarabangsa, catat pelaburan diluluskan cecah RM37 bilion pada separuh pertama tahun ini - PM Anwar | Sindiket pengedaran dadah tumpas, rampasan bernilai RM5.33 juta - Ketua Polis Johor | Kes tikam pelajar perempuan: Pengaruh media sosial antara faktor suspek bertindak sedemikian - Ketua Polis Selangor | Kes tikam pelajar perempuan: Senjata digunakan suspek dibeli secara dalam talian - Ketua Polis Selangor | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan momentum penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kontrak semerta Januari 2025 merosot kepada US$2,761.60 setiap auns troy daripada US$2,777.00 ketika ditutup minggu lepas, dan Februari 2025 menurun kepada US$2,770.00 daripada US$2,785.90 sebelumnya.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 ditutup rendah kepada US$2,778.50 setiap auns troy daripada US$2,794.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menyusut kepada 30 lot daripada 60 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 47 kontrak daripada 85 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 24 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,776.80 setiap auns troy.

-- BERNAMA