BERITA TERKINI   Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM Anwar | Setiausaha Negara AS dan Menteri Luar China adakan pertemuan di luar AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Forum Serantau ASEAN lebih kukuh diperlukan untuk respons pantas terhadap krisis kemanusiaan - Mohamad Hasan | ARF perlu tangani cabaran utama ASEAN termasuk ketegangan maritim, ancaman siber dan perubahan iklim - Mohamad Hasan | Amir Hamzah dan Johari jalankan tugas sementara sehingga menteri baharu dilantik - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari  2025, Mac 2025 dan Jun 2025 merosot 4.5 mata, masing-masing kepada 1,562.5, 1,548.0 dan 1,557.0, manakala Februari 2025 menurun kepada 4.0 mata kepada 1,566.0

Jumlah dagangan menyusut kepada 9,319 lot daripada 10,768 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 43,194 kontrak daripada 44,886 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 5.62 mata kepada 1,572.34 berbanding 1,566.72 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA