BERITA TERKINI   Trump berkata Thailand dan Kemboja bersetuju hentikan semua tembakan, ucap terima kasih kepada PM Anwar atas bantuan | 

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. 

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM24.10 bilion daripada RM18.45 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM26.80 bilion daripada RM28.28 bilion sebelum ini. 

Awal hari ini, bank pusat menjalankan tiga tender repo berbalik, tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman. 

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM24.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM26.80 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang tiga hari.  

Setakat 9 Januari, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.

-- BERNAMA