BERITA TERKINI   Isu kesesakan dan kekurangan mesin pengimbas di Linkedua akan dibawa ke KDN - Loke | Dua sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM4.7 juta dirampas dalam operasi di Johor Bahru - Polis | Seramai 60,000 pelajar disasar terima manfaat MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta - Anthony Loke | Tiga individu ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditembak di Skudai pada 9 Mei lepas - Polis | PRN Johor tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO dan pertemuan dengan Agong hari ini - Ahmad Zahid | 

Unit Gamuda Beli Tanah Pegangan Kekal Di Port Dickson Dengan Harga RM424.4 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syariikat milik tidak langsung Gamuda Bhd, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan West Synergy Sdn Bhd untuk membeli plot tanah pegangan bebas seluas 157.42 hektar di Port Dickson dengan harga RM424.4 juta.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu berkata pembelian tanah tersebut adalah untuk tujuan pembangunan berkaitan infrastruktur awan dan pusat data.

“Pembelian itu akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman. Tanpa keadaan yang tidak dijangka, urus niaga itu dijangka selesai pada penghujung Julai 2025,” kata syarikat berkenaan.

West Synergy adalah anak syarikat tidak langsung 60 peratus milik MUI Properties Bhd.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, MUI Properties berkata penjualan tanah tersebut dijangka menghasilkan anggaran keuntungan bersih sekali sebanyak RM206.13 juta dan meningkatkan aset bersihnya sebanyak RM123.68 juta.

Cadangan penjualalan adalah sebahagian daripada usaha kumpulan untuk menjana keuntungan daripada simpanan tanah dan hartanah pelaburannya bagiengukuhkan kedudukan kewangannya dan mencapai matlamat strategik.

“Sebahagian daripada hasil akan digunakan untuk membeli simpanan tanah atau hartanah baharu untuk pembangunan atau pelaburan di lokasi utama yang akan dikenal pasti kemudian.

“Pembelian ini akan membantu kumpulan untuk mempelbagaikan portfolionya, meneroka peluang baharu dan mengekalkan pertumbuhan jangka panjang,” kata syarikat itu.

Dagangan saham MUI Properties digantung pagi ini sementara menunggu pengumuman tersebut dan diniagakan semula esok pada 9 pagi.

Saham syarikat itu kali terakhir diniagakan pada 43.5 sen sesaham.

-- BERNAMA