BERITA TERKINI   Seorang lagi ADUN Sabah ditahan babitkan kes pengeluaran lesen cari gali di Sabah - SPRM | Tan Sri Dr Azmi Rohani dilantik Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara berkuatkuasa 1 Julai ini - KSN | Jenazah isteri Premier Sarawak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Samariang, Kuching pada 1.52 tengah hari | Lapangan terbang itu akan memberikan maklumat terkini selepas landasan diisytiharkan selamat dan dibuka untuk operasi penerbangan oleh CAAM - Malaysia Airports | Penutupan itu dijangka berterusan sehingga 3.00 petang ini, menjejaskan semua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching - Malaysia Airports | 

Kadar Jangka Pendek Dijangka Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.50 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.08 bilion  dalam dana Islam. 

Bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 90 hari.

BNM akan turut menjalankan satu tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk tiga hari. 

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.0 bilion dan RM18.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah. 

-- BERNAMA