BERITA TERKINI   Perdana Menteri minta tindakan penguatkuasaan diambil terhadap warga asing yang salah guna pas lawatan sosial - Fahmi | Kementerian Pendidikan Tinggi akan adakan pertemuan dengan MQA minggu depan, teliti isu laluan ke IPTA -- Fahmi  | Tindakan penguatkuasaan perlu gerakan menyeluruh libatkan seluruh jentera negara – PM Anwar | Setiap tindakan penguatkuasaan perlu dilaksana secara berkesan di semua peringkat, termasuk ke tahap pihak berkuasa tempatan - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis selepas minat pembelian kembali berikutan peniaga kembali selepas cuti perayaan Krismas.

Pada penutupan dagangan, kontrak Disember 2024 meningkat kepada US$2,626.10 setiap auns troy daripada US$2,618.10 pada Selasa dan Januari naik kepada US$2,639.20 setiap auns troy daripada US$2,631.20.

Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,649.30 setiap auns troy berbanding US$2,641.40 pada Selasa.

Jumlah dagangan berjumlah 34 lot daripada sifar pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40 kontrak daripada 16 kontrak sebelumnya.

-- BERNAMA