BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Ketika ditutup, kontrak Disember 2024 meningkat 8.5 mata kepada 1,605.0 dan Januari 2025 menambah 6.5 mata kepada 1,608.0, manakala Mac 2025 dan Jun 2025 melonjak 7.5 mata masing-masing kepada 1,592.5 dan 1,598.0.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 32,660 lot daripada 14,024 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 72,637 kontrak berbanding 53,432 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 10.71 mata atau 0.67 peratus kepada 1,613.70 berbanding 1,602.99 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA