BERITA TERKINI   Malaysia masih kekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter meskipun kebanyakan negara pengeluar minyak naikkan harga - PM Anwar | Kerajaan akan terus ambil langkah-langkah perlu dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi global - PM Anwar | Kerajaan cadang perluas perlindungan PERKESO kepada warganegara Malaysia di luar negara - PM Anwar | Kerajaan komited perkasakan wanita sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial negara - PM Anwar | Kerajaan setuju perkenal Elaun Pasca Cuti Bersalin iaitu bantuan kewangan bagi cuti tambahan hingga sebulan- PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2024 meningkat 6.5 mata kepada 1,596.5, Januari 2025 dan Mac 2025, masing-masing menokok 7.0 mata kepada 1,601.5 dan 1,585.0 manakala Jun 2025 menambah 5.0 mata kepada 1,590.5.

Jumlah dagangan naik kepada 14,024 lot daripada 11,341 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 53,432 kontrak daripada 48,085 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 6.79 mata atau 0.43 peratus kepada 1,602.99 daripada 1,596.20 pada Isnin.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup esok, 25 Dis bersempena sambutan Krismas. 

-- BERNAMA