BERITA TERKINI   Tengku Zafrul tunjuk kesediaan untuk terus sokong kerajaan, tempoh perkhidmatan sebagai Menteri MITI berakhir hari ini | Penyasaran subsidi memastikan rakyat terus dibantu selain membanteras ketirisan subsidi kepada bukan warganegara - PM Anwar | Kerajaan tetap berpegang kepada pendekatan penyasaran subsidi RON95, tolak cadangan Bank Dunia menaikkan kepada harga pasaran - PM Anwar | PM Anwar umum RM500 juta untuk baik pulih kerosakan infrastruktur awam akibat banjir | PM Anwar bentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga berkata pasaran disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad berikutan cuaca lembap berpanjangan di beberapa kawasan negara pengeluar utama getah asli, termasuk Malaysia dan Thailand. 

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh dagangan kecil menjelang cuti Krismas dan konflik di Timur Tengah yang berterusan,” katanya kepada Bernama

Katanya di Thailand, negara pengeluar utama getah, monsun di kawasan teluk dan wilayah selatan negara itu bertambah kuat manakala sistem tekanan tinggi di bahagian utara negara tersebut akan menjadi lemah.

Sementara itu, aktiviti menoreh getah telah terhenti di Yunnan dan Hainan di China serta terjejas akibat hujan di Indonesia dan Malaysia.

Menurut Lembaga Getah Malaysia, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik 0.5 sen kepada 855 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot tiga sen kepada 712.5 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup esok sempena cuti Hari Krismas. Operasi pasaran akan disambung semula pada Khamis.

-- BERNAMA