BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR | PRK Kinabatangan, Lamag: pusat pengundian awal ditutup pada 5 petang ini - SPR | Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur dalam dagangan awal. 

Pada 9.18 pagi, Disember 2024 merosot 1.0 mata kepada 1,594.0, Januari 2025 naik 0.5 mata kepada 1,600.0, Mac 2025 mendatar pada 1,584.0 dan Jun 2025 naik 1.5 mata kepada 1,590.0.

Jumlah dagangan sebanyak 797 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,896 kontrak.

Pada 9.36 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 5.42 mata kepada 1,605.51 daripada 1,600.09 semalam.

-- BERNAMA