BERITA TERKINI   Tengku Zafrul tunjuk kesediaan untuk terus sokong kerajaan, tempoh perkhidmatan sebagai Menteri MITI berakhir hari ini | Penyasaran subsidi memastikan rakyat terus dibantu selain membanteras ketirisan subsidi kepada bukan warganegara - PM Anwar | Kerajaan tetap berpegang kepada pendekatan penyasaran subsidi RON95, tolak cadangan Bank Dunia menaikkan kepada harga pasaran - PM Anwar | PM Anwar umum RM500 juta untuk baik pulih kerosakan infrastruktur awam akibat banjir | PM Anwar bentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dirangsang Kenaikan Berterusan Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.

Peniaga berkata pasaran getah tempatan dirangsang oleh kenaikan kukuh berterusan yang dialami pasaran niaga hadapan getah serantau, diterajui niaga hadapan getah Shanghai.

Beliau berkata harga juga disokong oleh kestabilan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras, ringgit yang lebih rendah berbanding dolar AS dan bekalan getah asli (NR) yang terhad akibat banjir besar di negara pengeluar utama.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya telah dikekang oleh data ekonomi yang tidak menentu dari Amerika Syarikat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Selasa, mengakhiri penurunan selama tiga sesi berturut-turut, berikutan kebimbangan mengenai cuaca hujan yang mengganggu bekalan daripada pengeluar utama, Thailand, melebihi prospek permintaan yang lemah.

Sementara itu, harga minyak mentah stabil pada Selasa, dengan peniaga menunggu hasil mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, katanya.

Peniaga juga berkata Pihak Berkuasa Getah Thailand (RAOT) telah melaporkan bahawa banjir besar berpanjangan yang melanda lima wilayah di selatan negara itu minggu lepas telah menyebabkan kerosakan lebih lima juta hektar ladang getah, melibatkan anggaran 20 bilion baht.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menokok 10.0 sen kepada 902.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal naik 2.50 sen kepada 675.0 sen sekilogram.

Pada pukul 5 petang, GMM 20 berada pada 915.0 sen sekilogram, dan susu getah pukal pada 675.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA