BERITA TERKINI   Gangguan bekalan stesen penjana di Melaka punca beberapa kawasan di Lembah Klang, Johor Bahru putus bekalan elektrik - TNB | Pelaku jenayah dalam kawasan sekolah akan dihadapkan ke muka pengadilan - Saifuddin Nasution | PDRM jamin siasatan telus, profesional insiden jenayah dalam kawasan sekolah - Saifuddin Nasution | Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor berjaya tarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan berjumlah RM29.51 bilion setakat ini - PM Anwar | JS-SEZ terus tunjuk momentum luar biasa tarik pelaburan strategik antarabangsa, catat pelaburan diluluskan cecah RM37 bilion pada separuh pertama tahun ini - PM Anwar | 

EdgePoint Sasar Pertumbuhan Sehingga 30 Peratus Tapak Menara Baharu Di Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Syarikat infrastruktur telekomunikasi EdgePoint Towers Sdn Bhd dijangka mencatatkan pertumbuhan antara 20 hingga 30 peratus tapak menara telekomunikasi baharu di Malaysia susulan jalinan kerjasama baharu syarikat itu dengan penyedia rangkaian mudah alih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Muniff Kamaruddin.

EdgePoint memeterai memorandum persefahaman (MOU) hari ini dengan pengendali rangkaian CelcomDigi Bhd untuk kerjasama dalam mewujudkan sinergi rangkaian, meningkatkan capaian kesalinghubungan CelcomDigi dan mengoptimumkan kos untuk memberi manfaat kepada penggunanya dengan kesalinghubungan yang lebih lancar.

"Perjanjian yang kami tandatangani dengan CelcomDigi ini tergolong dalam kategori yang kami gelar sebagai pertumbuhan organik.

“Kerjasama ini juga meletakkan asas bagi peluang penyelesaian sambungan masa hadapan yang maju seperti penyelesaian dalam bangunan dan sel kecil untuk liputan dalaman yang lebih baik, memastikan CelcomDigi bersedia untuk pertumbuhan dan peningkatan permintaan data,” katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata Malaysia berada dalam kedudukan utama untuk menjadi peneraju serantau dalam pembangunan generasi kelima (5G) dan Kecerdasan Buatan (AI) dan syarikat telekomunikasi itu komited untuk membina rangkaian teknologi terkini untuk pelanggan dan memajukan negara menjadi masyarakat digital yang dikuasakan oleh 5G-Al.

“Melalui kerjasama seperti ini, kami akan dapat mengoptimumkan rangkaian kami yang baharu dimodenkan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di lebih banyak kawasan di seluruh negara dan mempercepatkan transformasi digital Malaysia,” katanya.

EdgePoint kini memiliki 1,800 menara di pasaran Malaysia dan 15,000 menara merentasi tiga pasaran utamanya iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina.

-- BERNAMA