BERITA TERKINI   Pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar miskin, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026 - PM Anwar | Kira-kira 3,000 pelajar OKU di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan diberi pendidikan percuma - PM Anwar | Mulai 2026, KPT akan ambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah | PM Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tidak berubah hari ini. 

Kontrak bulan semerta November 2024, Disember 2024 dan Jun 2025, masing-masing kekal tidak berubah pada 1,587.5, 1,591.0 dan 1,591.0 manakala Mac 2025 menambah 2.5 mata kepada 1,583.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 5,986 lot daripada 7,361 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 37,221 kontrak daripada 38,290 kontrak sebelum ini. 

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.10 mata atau 0.07 peratus untuk ditutup kepada 1,589.78 daripada 1,588.68 semalam.

 -- BERNAMA