BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI pantau rapat krisis di Asia Barat serta impaknya terhadap ekonomi dan rakyat, kekalkan asas daya tahan ekonomi negara, pastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas - PM Anwar | Ringgit meningkat kepada 3.9260/9310 berbanding dolar AS daripada 3.9365/9410 ketika ditutup pada Jumaat lepas | Susulan krisis di Asia Barat, Jemaah Menteri bersetuju MTEN memantau situasi tersebut dan perbincangan akan diadakan secara mingguan - PM Anwar | Empat individu iaitu Zamri Vinoth, Tamim Dahri, P. Mahendra dan Arun Dorasamy akan didakwa esok berkaitan provokasi agama - Ketua Polis Negara | Manipulasi korporat SPRM : PDRM sahkan periksa beberapa premis milik seorang ahli perniagaan - Ketua Polis Negara | 

Jangkaan Permintaan Susut, Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada akhir dagangan Rabu, susulan kebimbangan mengenai kelemahan permintaan dalam minggu-minggu mendatang yang mungkin meningkatkan paras stok simpanan dalam negara. 

Peniaga minyak sawit David Ng berkata tekanan penurunan harga itu turut diburukkan lagi dengan penyusutan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).

“Kami menyaksikan paras sokongan pada RM4,750 satu tan metrik manakala rintangan pada RM4,950,” katanya kepada Ng told Bernama.

Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa Disember 2024 susut RM90 kepada RM4,926 satu tan, kontrak Januari 2025 turun RM98 kepada RM4,863 manakala Februari 2025 berkurangan RM109 kepada RM4,815. 

Kontrak Mac 2025 menguncup RM108 kepada RM4,729 satu tan, April 2025 susut RM105 kepada RM4,629 manakala Mei 2025 turun RM94 kepada RM4,526.

Jumlah dagangan merosot kepada 92,644 lot daripada 96,083 pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 244,155 kontrak daripada 252,020 sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Disember Selatan susut sebanyak RM20 kepada RM5,060 satu tan.

-- BERNAMA