Terdapat 1808 berita berdasarkan kata kunci carian " pengeluaran"

Mandat Biodiesel B15 Kurangkan Kebergantungan Pada Pasaran Eksport

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Langkah meningkatkan mandat biodiesel daripada 10 peratus kepada 15 peratus akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap pasaran eksport, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pengeluaran Minyak Mentah, Kondensat Susut 5.5 Peratus Kepada 43 Juta Tong -- DOSM

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 5.5 peratus kepada 43 juta tong pada suku pertama 2026 (S1 2026) berbanding 45.5 juta tong bagi tempoh yang sama tahun lepas. 

SSAP Catat Jualan RM483,082, Hasil Tuaian 154.9 Tan Metrik

SHAH ALAM, 5 Jun (Bernama) -- Selangor Smart Agro Park (SSAP) merekodkan jualan berjumlah RM483,082 dengan pengeluaran hasil tuaian sebanyak 154.90 tan metrik setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

ConocoPhillips Perkukuh Komitmen Di Sabah, Tingkat Pelaburan Medan Gas KBB

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- ConocoPhillips Sabah Gas Ltd yang juga pengendali Medan Gas Kebabangan (KBB) di luar pesisir Sabah, membuat Keputusan Pelaburan Muktamad (FID) pada 21 Mei, 2026 bagi pembangunan Fasa 2 medan gas itu.

Malaysia Terus Ungguli Dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global Bagi Tahun Ke-12

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia meraih kedudukan tertinggi dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global, memperkukuh peranannya sebagai peneraju dalam ekonomi halal dunia, menurut Laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) 2025/2026.

Gas Malaysia Guna Pakai Sistem Penyahkarbonan Loop Pertama Di Rantau Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mengguna pakai sistem LOOP yang pertama di Asia Pasifik, menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Levidian Nanosystems Ltd untuk menghasilkan grafen dan memerangkap karbon daripada metana.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah, Kacang Soya

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan Rabu selepas cuti panjang, dipacu oleh peningkatan harga minyak mentah serta minyak kacang soya.

Pasaran Getah KL Cecah Paras Tertinggi Baharu 2026, Seiring Prestasi Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pasaran Getah Kuala Lumpur mencatat peningkatan ketara pada akhir dagangan Rabu, sekali gus mencecah paras tertinggi baharu bagi 2026 setakat ini.

Malaysia Terajui Ekonomi Global Islam, Teratas Dalam Tiga Sektor -- Dinarstandard

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukan teratas dalam Global Islamic Economy Indicator (GIEI), berada di tempat pertama keseluruhan dan menerajui tiga daripada enam sektor iaitu makanan halal, kewangan Islam termasuk farmaseutikal serta kosmetik halal, kata firma penyelidikan DinarStandard.

YTL AI Cloud Terima Status Nvidia Exemplar Cloud

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- YTL Artificial Intelligence (AI) Cloud secara rasminya mencapai status NVIDIA Exemplar Cloud sekali gus menjadikannya antara penyedia infrastruktur awan pertama di Asia yang menerima pengesahan itu, meletakkannya dalam kelompok elit hiperskala global dan awan khusus kecerdasan buatan (AI).

Goods For Good Manfaatkan Bahan Terbuang, Bantu Perkasa Golongan Kurang Bernasib Baik

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Perusahaan produk kraftangan tempatan, Goods for Good, bukan sahaja berusaha menjana keuntungan melalui penghasilan produk kraftangan, malah turut memperkasa golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas menerusi peluang pekerjaan serta program pembangunan kemahiran.

Pasaran Getah Dijangka Suram, Cenderung Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pasaran getah dijangka menyaksikan urus niaga yang suram dengan harga cenderung menurun sedikit pada minggu hadapan susulan berakhirnya musim daun pokok getah luruh, kata pakar industri Denis Low.