BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Gandingan penerjun negara Yong Rui Jie-Nurqayyum Nazmi rangkul emas 3m papan anjal seirama lelaki | Sukan SEA 2025: Kontinjen negara raih 217 pingat setakat ini, jumlah tertinggi direkodkan Malaysia di luar Kuala Lumpur - MSN | Sukan SEA 2025: Trio Mohd Akmal Nazimi, Muhammad Fadhil, Muhammad Ridwan rangkul emas berbasikal trek pecut berpasukan lelaki | Sukan SEA 2025: Gandingan terjun Nur Eilisha Rania-Nurul Farisya Alia sumbang emas platform seirama wanita | Sukan SEA 2025: Atlet menembak Haritz Iklil hadiahkan pingat emas ke-50 menerusi acara 50m Rifle 3 Posisi individu lelaki | 

BNM, BIS Pacu inovasi Pembayaran Rentas Sempadan Global Dengan Projek Nexus

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Bank for International Settlements (BIS) dan empat bank pusat lain menggerakkan Projek Nexus untuk meningkatkan keberkesanan sistem pembayaran segera (IPS) bagi transaksi rentas sempadan yang lancar di seluruh dunia.

Projek itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2027.

BIS adalah institut kewangan antarabangsa yang berpangkalan di Switzerland.

Peserta utama dalam fasa ini termasuk BIS Innovation Hub (BISIH) dan bank pusat dari Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan India.

BNM berkata Projek Nexus membolehkan pelbagai rangkaian IPS seperti DuitNow disambungkan dengan lancar menerusi rangkaian tunggal bersepadu.

“Inovasi ini membolehkan pengguna memindahkan wang dengan serta merta dan selamat merentas sempadan menggunakan beberapa proksi seperti nombor telefon bimbit,” kata BNM pada bengkel media pembayaran digital di Sasana Kijang, di sini, hari ini.

Menurut bank pusat, Fasa 3 projek itu yang selesai tahun ini, akan memberi tumpuan kepada peralihan pelaksanaan secara langsung.

Rangka kerja komprehensif yang sudah dibangunkan sepanjang fasa ini, merangkumi hala tuju tadbir urus, model perolehan dan spefisikasi teknikal yang terperinci.

“Fasa 4 yang bermula tahun ini, membabitkan pengoperasian projek bagi penggunaan secara langsung. 

“Keutamaan segera termasuk membangunkan Nexus Scheme Owner (NSO) di Singapura untuk mengurus sistem dan membangunkan penyelesaian teknologi Nexus,” katanya.

-- BERNAMA