BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | Bangunan warisan mesti terus hidup sebagai ruang mendidik, menyatukan dan beri inspirasi untuk generasi masa hadapan - PM Anwar | 3,164 sekolah diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid setakat November tahun lepas - Timbalan Menteri Pendidikan | Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad pastikan sejarah terus hidup, difahami dan jadi pedoman hadapi cabaran masa depan - PM Anwar | Agong berkenan sempurnakan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad Fasa 1 | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Oktober, mencerminkan peningkatan dalam pasaran emas COMEX AS. 

Kontrak semerta November 2024 melonjak kepada US$2,617.20 setiap auns troy daripada US$2,602.70 setiap auns troy semalam.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 kekal tinggi pada US$2,630.70 setiap auns troy berbanding US$2,616.10 sebelumnya.

Jumlah dagangan kekal pada 10 lot seperti semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 26 kontrak daripada 22 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Nov, harga emas fizikal kekal pada US$2,606.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA