BERITA TERKINI   MCMC akan laksana segera saranan Perdana Menteri untuk perkukuh keselamatan data negara melalui Sovereign AI Cloud - Fahmi | KPM sedia sokongan emosi kepada remaja perempuan disyaki mangsa salah laku seksual - Fadhlina | Media diingatkan lapor kes salah laku seksual pelajar di Melaka secara beretika tanpa dedah identiti mangsa - MCMC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak bulan semerta November 2024, Disember 2024 dan Mac 2025 masing-masing menyusut 4.0 mata kepada 1,621.0, 1,625.0 dan 1,614.0 manakala Jun 2025 menurun 7.5 mata kepada 1,619.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 10,661 lot daripada 5,810 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 43,832 kontrak daripada 38,865 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 10.89 mata kepada 1,623.28 berbanding 1,634.17 ditutup pada Rabu.

 -- BERNAMA