BERITA TERKINI   58 ditahan terlibat pertaruhan haram dan judi dalam talian sempena Piala Dunia - Bukit Aman | ASEAN dan Rusia punyai ruang yang luas memperkukuh kerjasama berasaskan hormat, manfaat bersama - PM Anwar | Keamanan berkekalan dicapai menerusi rundingan, persefahaman, menghormati undang-undang antarabangsa - PM Anwar | Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 perkukuh tindakan terhadap tonto, lumba haram - Loke | Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibentang di Dewan Rakyat Isnin depan -Loke | 

Petronas Jelas Status Perbincangan DGO Dengan Petros

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — PETRONAS ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).

Perbincangan yang berterusan itu bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan serta objektif semua pihak di samping memelihara pengaturan kontrak sedia ada, kata syarikat minyak dan gas negara melalui satu kenyataan hari ini.

Perbincangan itu juga bertujuan bagi memastikan komitmen kepada pelabur dan pelanggan terus dipenuhi.

— BERNAMA