BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Terengganu FC 5-0 UM-Damansara United | Piala Malaysia: Selangor FC 3-0 Kelantan The Real Warriors    | TPM Ahmad Zahid mahu karya Malaysia, khususnya buku dan hasil seni tembusi pasaran Indonesia | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan November 2024 naik 4.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,636.5 dan 1,640.0, manakala Disember 2024 meningkat 3.5 mata kepada 1,643.0 dan Mac 2025 menokok 5.0 mata kepada 1,632.0.

Jumlah dagangan turun kepada 5,478 lot daripada 7,451 pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 46,663 kontrak daripada 49,018 sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.33 mata atau 0.02 peratus kepada 1,635.62.

-- BERNAMA