BERITA TERKINI   Keuntungan bersih Public Bank bagi suku ketiga 2025 susut kepada RM1.84 bilion daripada RM1.91 bilion tahun lepas | Geohan akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember, sasar kumpul RM72.6 juta daripada IPO | PIDM lantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 November, 2025 | Jawatankuasa khas bincang tuntutan 40 peratus hasil Sabah dipengerusikan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan - TPM Fadillah | Jawatankuasa khas perlu mengemukakan mekanisme tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah secepat mungkin - Fadillah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjejaki pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan Mac 2025 bertambah 4.5 mata masing-masing kepada 1,632.0 dan 1,627.0 manakala November 2024 dan Disember 2024 meningkat 5.0 mata masing-masing kepada 1,635.5 dan 1,639.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 7,451 lot daripada 8,538 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka merosot kepada 49,018 kontrak daripada 49,905 kontrak sebelumnya.   

Pada 5 petang, FBM KLCI berkembang 5.32 mata atau 0.32 peratus kepada 1,635.29 daripada paras penutup 1,629.97 pada Jumaat.

-- BERNAMA