BERITA TERKINI   Penerbitan bon lestari dijangka meningkat susulan pertumbuhan pesat pusat data – Moody’s Ratings | Peralihan MyBorderPass dan MyDigitalID kepada sistem MyNIISe akan diperluas secara berperingkat di pintu masuk negara bermula tahun ini - Saifuddin Nasution | Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2027 dilaksana secara dalam talian bermula 15 Feb hingga 31 Mac - KP Pendidikan | Pimpinan tinggi agensi penguatkuasaan diberi tempoh seminggu nyata kesediaan pikul amanah atau tukar ke jawatan lain - PM Anwar | PM Anwar beri amaran keras kepada pihak berkuasa, kesal masih wujud kelemahan tatakelola dalam negara | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Kebanyakannya

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi kebanyakannya pada Selasa berikutan risiko geopolitik di Timur Tengah dan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah.

Oktober 2024 turun kepada US$2,660.70 setiap auns troy daripada US$2,664.70 pada Isnin.

Sementara itu, kontrak November 2024, Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 masing-masing meningkat kepada USS$2,681.80 setiap auns troy daripada US$2,664.70 semalam.

Jumlah dagangan berkurangan kepada sembilan lot daripada 12 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka susut kepada 24 kontrak daripada 45 kontrak.

Menurut laporan Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan petang pada 30 Sept, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,629.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA