BERITA TERKINI   Konflik AS-Iran: Kedua-dua pihak perlu berundur dan segera kembali kepada diplomasi dengan lebih serius - PM | Konfrontasi antara Washington dan Tehran akan pengaruhi Timur Tengah - Anwar | PM Anwar luah kebimbangan mendalam terhadap ketegangan memuncak antara AS dan Iran | Jadikan peningkatan mutu pendidikan keutamaan, angkat Malaysia sebagai negara maju - PM Anwar | IKM, KKTM dan MJII dijenamakan semula, dikenali sebagai TVETMARA - TPM Zahid Hamidi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan urus niaga bercampur-campur dalam sesi awal dagangan pada Selasa.

Setakat 9.30 pagi, kontrak Oktober 2024 dan Mac 2025 masing-masing turun 1.50 mata kepada 1,652.0 dan 1,643.5 manakala November 2024 naik 3.5 mata kepada 1,657.0 dan Disember 2024 menokok 0.5 mata kepada 1,659.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,197 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,325 kontrak.

Selain itu, indeks FBM KLCI menokok 0.33 mata kepada 1,649.24 selepas 30 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA