BERITA TERKINI   Ahmad Zahid setuju penubuhan Suruhanjaya Guru untuk jaga kebajikan warga pendidik | Cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan - TPM Ahmad Zahid | Pendidikan perlu kembali fokus kepada pembinaan insan, ekonomi, negara - Ahmad Zahid | Piala Thomas: China 2 Malaysia 0: Liang Wei Keng-Wang Chang kalahkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 24-22, 21-14 | Piala Thomas: China 1 Malaysia 0: Shi Yu Qi kalahkan Leong Jun Hao 21-10, 16-21, 21-9 | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. 

Minggu ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM36.20 bilion daripada RM33.91 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai susut kepada RM12.83 bilion daripada RM20.30 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 26 Sept, 2024.

-- BERNAMA