BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat yang dijadualkan pada minggu depan.

Kontrak niaga hadapan emas September 2024 susut kepada US$2,661.60 setiap auns troy daripada US$2,671.50 setiap auns troy pada Khamis.

Manakala kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,675.10 setiap auns troy daripada US$2,684.70 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 54 lot daripada 17 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 71 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 26 Sept, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,663.75 setiap auns troy.

-- BERNAMA