BERITA TERKINI    Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus |

Jajaran Seksyen 1 WCE Mula Laksana Kutipan Tol Pada 30 Sept

SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- Jajaran Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 30 Sept ini.

WCE dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jajaran sepanjang 12.5 kilometer (km) itu beroperasi secara percuma sejak dibuka secara rasmi pada 31 Ogos lepas oleh Menteri Kerja Raya Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Kutipan tol Seksyen 1 itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag dan RFID. 

“Kadar tol dan kaedah pembayaran kadar tol di Seksyen 1 Lebuhraya WCE berintegrasi sepenuhnya dengan Lebuhraya SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas. 

Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan dan jarak perjalanan bermula RM1.70 hingga RM16.11.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang WCE atau muat turun aplikasi WCE App atau menghubungi WCE infoline di talian 1700-81-6600 atau e-mel di info@wce.com.my jika menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol.

WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping (Changkat Jering), Perak dan apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan, yang akan menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.

-- BERNAMA