Terdapat 3265 berita berdasarkan kata kunci carian " pembangunan"

Ketidakpastian Geopolitik Pacu Peralihan Daripada Kecekapan Kepada Daya Tahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Negara-negara sedang beralih daripada model ekonomi yang dipacu kecekapan kepada daya tahan berikutan ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat membentuk semula landskap ekonomi global termasuk strategi perdagangan dan pelaburan.

Kekuatan Infrastruktur, Rantaian Bekalan Faktor Kejayaan Pelaburan AWS Di Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kekuatan infrastruktur dan kecekapan rantaian pembekalan Malaysia adalah antara faktor utama kepada kejayaan pelaburan Amazon Web Services (AWS) di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Malaysia Berpotensi Besar Rebut Pemindahan Teknologi Global Susulan Ketegangan Asia Barat – MIER

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) – Syarikat teknologi global kini giat mencari lokasi baharu untuk memindahkan operasi mereka ke Asia, sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan trend tersebut susulan ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat.

Felda, FGV Teroka Semula Peranan Minyak Sawit, Ubah Sisa Kepada Kekayaan

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Bhd sedang meneroka semula peranan minyak sawit dalam ekonomi masa depan Malaysia, dipacu kecanggihan teknologi, dengan menilai produk sampingan minyak sawit sebagai sumber strategik dan bukan lagi sisa tradisional.

Eksport Halal Malaysia RM68.52 Bilion Pada 2025, Naik 10.9 Peratus Tahun Ke Tahun - HDC

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Eksport halal Malaysia pada 2025 berjumlah RM68.52 bilion, meningkat 10.9 peratus tahun ke tahun sekali gus menunjukkan permintaan global yang berterusan dan daya tahan industri dalam persekitaran cabaran geopolitik yang sentiasa berubah, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).

UMSKAL Lancar Sudut ISRA Bagi Memacu Ekosistem Industri Di Kampus Dalam Kewangan Islam

Oleh JAILANI HASAN

LABUAN, 16 April  (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) melalui Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) melancarkan Sudut ISRA yang merupakan satu langkah strategik ke arah mewujudkan ekosistem Industri di Kampus (IoC) untuk kewangan Islam di Labuan.

Bank Rakyat Umum Dividen 18 Peratus Berjumlah RM534.7 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

AZEC : Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Serantau Bagi Kestabilan Bekalan Tenaga -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau menerusi Asia Zero Emission Community (AZEC) atau Pemimpin-Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia bagi memastikan bekalan tenaga stabil, mencukupi serta berdaya tahan.

MTDC Sasar 10 Syarikat Semikonduktor Terbaik Sertai SemiconStart Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menyasarkan untuk mengenal pasti 10 syarikat semikonduktor terbaik bagi menyertai tahun pertama program SemiconStart Malaysia.

Malaysia Perkukuh Ekosistem Semikonduktor Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh ekosistem semikonduktornya di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik, memandangkan komponen itu kini disifatkan sebagai kepentingan negara.

MPOB Perkukuh Hala Tuju R&D Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menumpukan pemerkasaan strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditengah-tengah ketidakstabilan geopolitik khususnya di Asia Barat.

Weeroc Space Catat Kejayaan Fasa Akhir Reka Bentuk Cip, Lonjak Keupayaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Weeroc Space Sdn Bhd, cabang aeroangkasa milik firma Weeroc Perancis, berjaya melakar kejayaan bagi fasa “tapeout” yang menjadi tahap penting reka bentuk cip sebelum ke peringkat pembuatan dalam sektor semikonduktor.