BERITA TERKINI   Perbincangan MCMC dengan pihak X diadakan 21 Jan - Fahmi | STR Fasa 1 tahun 2026 disalurkan mulai 20 Jan, beri manfaat kepada lima juta penerima - PMO | Kadar perbelanjaan bantuan SARA capai 100 peratus tahun lepas, bukti keberkesanan kepada rakyat - PMO | Pelaksanaan bantuan, subsidi bersasar bantu sokong kuasa beli golongan memerlukan - PMO | Kadar pengangguran negara mencatat 2.9 peratus, terendah dalam tempoh 11 tahun - PMO | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Disokong Impak Penurunan Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh impak daripada penurunan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).  

Kontrak niaga hadapan emas September 2024 meningkat kepada US$2,624.50 setiap auns troy daripada US$2,614.20 pada Jumaat minggu lepas.

Sementara itu, kontrak Oktober, November, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,637.30 setiap auns troy daripada US$2,627.00 setiap auns troy sebelumnya. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 13 lot daripada 12 lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 45 kontrak daripada 44 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,605.85 setiap auns troy mengikut harga London Bullion Market Association pada 20 Sept.

-- BERNAMA