1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan agar Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) memperkukuhkan rangka kerja pengurusan risiko dengan melaksanakan analisis senario yang lebih mendalam terhadap kejutan pasaran bukan kewangan seperti perubahan teknologi dan geopolitik.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat tiga sen seliter masing-masing, kepada RM3.29 dan RM2.66 seliter, bagi tempoh 4 hingga 10 Disember ini.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan dicadang mengecualikan kadar cukai jualan lima peratus ke atas kayu bergergaji dan menilai semula peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah mewujudkan cukai bertindih ke atas industri perkayuan dan produk berasaskan kayu.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalu-alukan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Unit milik penuh Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) memperoleh satu lagi keputusan adjudikasi yang memihak kepadanya menentang China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC).
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- ASEAN perlu kekal kompetitif melalui inovasi dan kerjasama untuk menjamin masa depan dalam ekonomi global, kata Pengerusi Dagang NeXchange Bhd (DNeX) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini.
1bulan lalu
LABUAN, 3 Dis (Bernama) -- Sabah telah mengambil langkah jitu dalam memodenkan tadbir urus pengangkutannya dengan memperluaskan portfolio kementerian yang sudah lama dilihat sebagai penting kepada masa depan ekonomi negeri itu, menurut Pengerusi Institut Berpiagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (Seksyen CILTM Sabah), Daniel Doughty.
1bulan lalu
GEORGE TOWN, 3 Dis (Bernama) -- InvestPenang dan Intel Corporation akan terus bekerjasama rapat untuk memperkukuh Pulau Pinang memandangkan negeri itu kini beralih ke bidang kritikal pembungkusan termaju cip semikonduktor dan penggunaan teknologi generasi baharu.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Croesus IT Holdings Bhd mengukuhkan tumpuannya terhadap teknologi perladangan sebagai pemacu pertumbuhan utama selepas penyenaraian di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini.
1bulan lalu
KOTA KINABALU, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Sabah yang baru dibentuk pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 dijadualkan membentangkan Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 12 Disember ini.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- ASEAN mesti menyelaraskan peraturan, mempercepatkan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) serta menyelaraskan piawaian digital dan kemampanan bagi memaksimumkan potensi Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) untuk menjamin daya saing yang mampan.