BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Ekonomi

DRB-Hicom Bercadang Beli Spirit My Berharga US$110.62 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- DRB-Hicom Bhd bercadang membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Spirit Aerosystems Malaysia Sdn Bhd (Spirit MY) berharga US$110.62 juta (US$1=RM4.1115), meningkat daripada anggaran nilai perusahaan sebelumnya sebanyak US$95.2 juta.

Ewon Mahu Pastikan GLC Kementeriannya Beri Dividen Besar Kepada Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU, 4 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di kementeriannya berusaha meningkatkan pendapatan supaya dapat memberikan dividen tinggi kepada kerajaan.

Dewan Rakyat Lulus Usul Pindahan RM14.631 Bilion Kepada Kumpulan Wang Pembangunan

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Kementerian Kewangan untuk memindahkan sebanyak RM14.631 bilion baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Ogos hingga Disember 2025 kepada Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).

Bursa Malaysia Rendah Berikutan Sentimen Pasaran Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan mencatat penyusutan kecil berikutan sentimen berhati-hati yang ketara menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Kerajaan Perlu Sedia Insentif Pembiayaan Hijau Kepada PMKS

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) --  Kerajaan digesa untuk menyediakan insentif pembiayaan hijau yang dipadankan kepada pengusaha-pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi menggalakkan peralihan ke arah dekarbonisasi negara.

Institut REHDA Gesa Semakan Semula Komprehensif Terhadap Dasar Perumahan

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Institut REHDA, cabang penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), menggesa agar asas pemikiran semula diperkukuhkan, selain semakan menyeluruh terhadap dasar perumahan Malaysia yang memberi tumpuan kepada agenda ‘perumahan untuk semua’.

Snowflake Tingkat Kerjasama Dengan AWS, Anthropic, Accenture Pacu Pengembangan AI

Daripada Siti Noor Afera Abu

LAS VEGAS, 4 Dis (Bernama) -- Syarikat pengkomputeran awan berpangkalan di Amerika Syarikat, Snowflake, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Amazon Web Services (AWS), Anthropic dan Accenture bagi memperluas perkhidmatan serta keupayaan kecerdasan buatannya (AI).

Pengetahuan Kewangan Islam Masih Rendah Walaupun Sikap, Tingkah Laku Positif

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) – Masyarakat Malaysia masih kurang pemahaman mendalam dalam aspek teknikal dan prinsip yang berkaitan dengan kewangan Islam, menurut Kajian Indeks Literasi Kewangan Islam 2025.

China Southern Tambah Penerbangan Harian Bagi Laluan Guangzhou-Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 4 Dis (Bernama) -- China Southern Airlines akan meningkatkan penerbangan terus Guangzhou–Pulau Pinang daripada dua kepada tiga perkhidmatan harian bermula 28 Disember, sekali gus mengukuhkan kesalinghubungan udara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pasaran MSM Dijangka Catat Prospek Rendah Pada Permulaan 2026 Ekoran Harga Tinggi 2025

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan mengalami prospek rendah ketika permulaan dagangan 2026, berikutan harga yang agak tinggi tahun ini.

PSP Energy Perluas Perniagaan Bahan Api Marin Dengan Hab Bunkering Di Melaka

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- PSP Energy Bhd menyasarkan untuk memperluas perniagaan bahan api marinnya dengan pembangunan hab bunkering di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka.

Proton Jangka Saga MC3 Akan Terajui Pasaran Segmen-A ASEAN Tahun Depan

PETALING JAYA, 4 Dis (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menjangka model Proton Saga MC3 yang baru dilancarkan akan menjadi model segmen-A terkemuka dalam pasaran ASEAN tahun depan.