TINTA MINDA

KELUAR DARI KAEDAH KONVENSIONAL, KETAHUI INSENTIF UNTUK TRANSFORMASI PERNIAGAAN ANDA

30/11/2020 10:29 AM
Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang.

Oleh : Dr. Nur Aainaa Syafini Mohd Radzi

Industri di Malaysia masih dikelompokkan dalam kategori industri dengan nilai tambah yang rendah kerana kurangnya penggunaan teknologi tinggi.

Sebagai contoh, dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, tahap penggunaan teknologi tinggi masih pada kadar 37 peratus dan 20 peratus pada 2018.

Dengan kekurangan penggunaan teknologi tinggi, Malaysia akan terus;

  1. Menggunakan lebih ramai sumber pekerja yang separa mahir dan berkemahiran rendah dalam perkhidmatan, dan ini menyukarkan kerajaan dan pihak yang terlibat untuk meningkatkan kadar purata gaji rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
  2. Bergantung dengan buruh asing yang secara anggarannya telahpun mendominasi 31-40 peratus peluang pekerjaan di Malaysia (lebih 90 peratus buruh asing di Malaysia adalah dari golongan separa mahir dan berkemahiran rendah). Mereka lebih mudah mendapat peluang pekerjaan di negara ini kerana kesanggupan mereka untuk menerima upah yang rendah, dan bekerja lebih masa.
  3. Mengalami kesukaran untuk "memaksa" rakyat Malaysia menaiktaraf kemahiran mereka. Sebanyak 72.8 peratus rakyat Malaysia masih berada dalam kategori separa mahir dan berkemahiran rendah. Menurut laporan prestasi Rancangan Malaysia ke-11, pada 2017, hanya 20.7 peratus daripada insentif yang disediakan melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali dengan HRDF digunakan, bagi meningkatkan taraf kemahiran pekerja di Malaysia.

Kekurangan menggunapakai teknologi mengikut situasi semasa dan keperluan masa hadapan juga mampu memberikan kesan ekonomi yang negatif kepada negara pada masa akan datang.

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dilancarkan pada 5 Oktober 2019 sebagai dasar negara yang menjadi iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan, turut menyatakan kepentingan untuk penggunaan teknologi tinggi dalam pelbagai sektor diperluaskan dengan kadar segera di negara ini.

Ianya selari dengan keadaan semasa di mana jumlah kes kehilangan pekerjaan semakin meningkat akibat kesan ekonomi daripada serangan pandemik COVID-19. Syarikat - syarikat di Malaysia diharapkan mampu bertahan dan mula menaiktaraf operasi syarikat agar lebih bersesuaian untuk masa hadapan dan "kalis" pandemik. Gunakanlah peluang yang disediakan ketika ini sebaiknya, termasuklah dengan menggunapakai insentif yang disediakan kerajaan untuk menaiktaraf operasi syarikat, kemahiran pekerja, dan sebagainya.

Selain daripada insentif seperti pengecualian cukai yang ditawarkan apabila anda menaiktaraf operasi syarikat dengan menggunakan teknologi tinggi, pelbagai dana turut disediakan oleh kerajaan bagi aktiviti berkenaan.

Berikut adalah antara dana yang terdapat di Malaysia bagi menambahnilai perniagaan anda dengan teknologi atau inovasi yang berkaitan:

1) PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN TEKNOLOGI/ PRODUK:

  • MIDA: Domestic Investment Strategic Fund (DISF) (Maksimum RM5juta (gabungan))

  • MIDA: High Impact Strategic Fund (Maksimum RM5juta (gabungan))

  • MOSTI: Dana R&D (Maksimum RM3juta)

  • MOSTI: National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) (Individu RM250ribu, Pelbagai RM500ribu)

  • CRADLE: CIP Ignite I (Maksimum RM500ribu)

2) PENGKOMERSIALAN TEKNOLOGI/ PRODUK:

  • MOSTI: International Collaboration Fund (ICF) (Maksimum RM3juta)

  • PlaTCOM: HIP2 Concept to Commercialisation Gap Fund (CCGF) (Maksimum RM1juta)

  • MOSTI: National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) (Maksimum RM4juta)

  • CRADLE: CIP Ignite II (Maksimum RM500ribu)

  • CRADLE: CIP Accelerate (Maksimum RM2juta)

  • MTDC: Business Start-up Fund (Maksimum RM5juta atau 90% daripada kos projek)

3) DANA PEMBELIAN MESIN/ PERALATAN/ TEKNOLOGI/ AUTOMASI & PENGEMBANGAN PERNIAGAAN:

  • MIDA: Domestic Investment Strategic Fund (DISF) (Maksimum RM5juta (gabungan))

  • MIDA: High Impact Strategic Fund (Maksimum RM5juta (gabungan))

  • MIDA: Geran INDUSTRY4WRD (Maksimum RM500k (gabungan))

  • SMECorp: Business Scale-Up Programme (Maksimum RM400ribu)

  • MPRC: Technology Acquisition Fund (TAF) (Maksimum RM500ribu)

  • MDEC: Smart Automation Grant (Maksimum RM200ribu)

  • MTDC: Business Growth Fund (Maksimum RM10juta)

4) EKSPORT:

  • MATRADE: Service Export Grant (Maksimum RM5juta)

  • MATRADE: Market Development Grant (Maksimum RM200ribu)

  • MARA: Program Galakan Eksport Bumiputera (Maksimum RM1juta)

5) PEMBANGUNAN WEBSITE E-COMMERCE ATAU APLIKASI:

  • SMECorp: Business Scale-Up Programme (Maksimum RM50,000)

6) PENGIKLANAN & PROMOSI:

  • SMECorp: Business Scale-Up Programme (Maksimum RM200ribu)

7) PENDIGITALAN PERNIAGAAN:

  • MDEC: Smart Automation Grant (Maksimum RM200ribu)

8) DANA PELBAGAI:

  • TERAJU: SUPERB (Skim Permulaan Usahawan Bumiputera) (Maksimum RM500ribu)

  • TERAJU: Dana Kemakmuran Bumiputera (10% daripada kos projek yang layak atau sehingga RM2juta)

  • MARA: Pelbagai Dana (Sehingga RM1juta)

  • MTDC: Halal Technology Development Fund (Halal Fund 1: Maksimum RM2juta, Halal Fund 2: Maksimum RM4juta)

  • MTDC: MTDC-pitchIN Equity Crowdfunding (ECF) Programme (sehingga 30% daripada jumlah dana yang diperlukan, atau maksimum RM900ribu)

  • MTDC: MTDC-MicroLEAP Peer-to-Peer (P2P) Financing Programme (sehingga 30% daripada jumlah dana yang diperlukan, atau maksimum RM500ribu)

Layari laman web setiap Kementerian/ Agensi berkaitan untuk maklumat lanjut.

Selamat meneroka!

-- BERNAMA

Dr. Nur Aainaa Syafini Mohd Radzi merupakan Penganalisis Penyelidikan Kanan, Institut Masa Depan Malaysia (MASA).

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)